(علامات الاسم) TANDA-TANDA ISIM


Bismillahir rahmanirrahim…


Alhamdulillah posting kali ini, alfaqir akan melanjutkan perbahasan mengenai

(علامات الاسم) tanda-tanda isim.


Sebagaimana yang terangkum didalam Mutammimah Ajurumiyyah yaitu pengarangnya Syeikh Syamsuddin Muhammad Araa’ini bagi kita mengenal tanda-tanda sesuatu itu Isim adalah melaui 5 (lima) tanda:

فَالاسْمُ يُعْرَفُ بِالإِسْنَادِ إِلَيْهِ بِالْخَفْضِ وَبِالْتَّنْوِيْنِ وَبِدُخُوْلِ الأَلِفِ وَاللاَّمِ وَحُرُوْفِ الْخَفْضِ.

Isim dapat diketahui (dari tanda-tanda berikut) : melalui isnad ilaih, melalui khafadh (huruf akhirnya di-jarkan) dan tanwin, juga dengan menerima alif dan lam, dan huruf khafadh (jar)”.


Secara Ringkasnya alfaqir menerangkan, agar pembaca memahami dengan jelas tentang 5 (lima) tanda-tanda Isim diatas:


Pertama : Isnad atau musnad ilaih.

Isnad atau musnad ilaih antaranya yaitu Fa’il, Mubtada, atau Naibul fa’il. Contohnya :


1- نَصَرَ زَيْدٌ(Zaid telah menolong)

Lafazh نَصَرَ fi’il madhi dan زَيْد menjadi fa’il.

Manakalah lafazh نَصَرَ ini merupakan مسند (Musnad) dan زَيْدٌ adalah مسند إليه (Musnad ilaih).


2- زَيْدٌ مَنْصُوْرٌ (Zaid orang yang ditolong)

Lafazh زَيْدٌ Mubtada dan مَنْصُوْر menjadi khabar.

Manakala مَنْصُوْر ini isim yang musnad dan زَيْدٌ pula adalah Musnad ilaih.


3- نُصِرَ زَيْدٌ (Zaid telah ditolong)

Lafaz نُصِرَ fi’il madhi mabni lil-majhul, sedangkan زَيْدٌ menjadi naibul fa’il .

Maka lafazh زَيْدٌ itu adalah Musnad ilaih-nya.



Kedua: al-Khofadh

Al-Khofadh adalah ibarah daripada Mazhab Kufah, manakalah al-Jarr adalah ibarah dari Mazhab Basrah. Khofadh/Jarr adalah ungkapan tentang kasroh yang ditimbulkan oleh suatu amil ataupun yang mewakilinya. Seperti harokat kasroh yang munsharif (menerima tanwim) pada huruf ra’ pada kata

(بَكْرٍ ) dan (عَمْرٍو ) , contohnya :


مَرَرْتُ بِبَكْرٍ ( Saya melewati Bakr)

هَذَا كِتَابُ عَمْرٍو (Ini adalah buku Amr)


Atau daripada contoh sesuatu yang mengantikan daripadanya kasroh antaranya pada :


- melalui fathah pada isim ghair munsharif (tidak menerima tanwim), seperti : بِجَعْفَرَ .

- Ya Tatsniyah seperti : بِالزَّيْدَيْنْ

- Ya Jamak mudzakkar salim seperti : مِنَ المُؤْمِنِيْنَ dan sebagainya dari hal-hal lainnya.


Ketiga : Melalui tanda Tanwin

* (alfaqir sudah jelaskan diposting terdahulu mengenai tanwin) (klik di sini-التنوين )


Keempat : dengan masuknya Alif dan Lam (ال ) pada awal kata tersebut.

Seperti : (الرِّجُلُ ) (lelaki itu) , (الغُلاَمُ) (anak itu), (البَيْتُ ) (rumah itu) .

Semua kalimat/kata diatas ini adalah isim, kerana masing-masing dari kata awalnya itu diawali dengan (ال ).


Kelima : Huruf Khofadh (Jarr)

Mengenai huruf khofadh/Jarr, alfaqir sudah menjelaskan posting terdahulu yaitu Huruf Jarr dan pembahagiannya, (klik disini bagi mendalaminya-HURUF JARR) maka alfaqir akan memberikan satu contoh daripada huruf jarr sebagai pengulangan yaitu : مِنْ dan إلى .


ذَهَبَ الطَّالِبُ مِنَ الْبَيْتِ إِلَى المَدْرَسَةِ (Pelajar itu pergi dari rumah (menuju) ke Sekolah)


- Maka antara tanda-tanda isim itu adalah huruf Khofadh/Jarr yang masuk pada kalimah isim sebagaiaman contoh diatas.



Wallahu ‘alam ..

LihatTutupKomentar